Terapi Bekam Teraputik dan Klinikal
Hidup sihat dengan perubatan cara Nabi SAW
Daripada Anas bin Malik bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya "Sesungguhnya sebaik-baik perubatan yang kalian gunakan adalah berbekam"
Anda sedang mencari Pusat Terapi Bekam?
Pusat Terapi Syifa bil Ruqyah menyediakan perkhidmatan terapi Bekam Klinikal dan Teraputik untuk membantu orang ramai kekal sihat dengan berbekam. Kami merupakan pengamal kompeten yang bernaung dibawah PERHIJAM (Persatuan Perubatan Islam Hijamah Malaysia). Kami komited untuk memberikan perkhidmatan bekam teraputik dan klinikal yang sangat mementingkan aspek kebersihan dan keselamatan pelanggan demi untuk mengekalkan kesihatan dan kepuasan pelanggan dan untuk memartabatkan perubatan sunnah Nabi SAW yang mulia.







Apa itu Bekam (Hijamah)?
Sabda baginda nabi Muhammad SAW, “Sesungguhnya Allah SWT telah menurunkan penyakit dan ubat, dan menjadikan untuk kamu bahawa setiap penyakit ada ubatnya”. Bekam adalah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah SAW untuk umat Islam malah malaikat juga pernah menggalakkan Nabi SAW berbekam. Tujuan bekam adalah untuk mengeluarkan darah kotor yang mengandungi toksid (racun) yang merbahaya dari badan melalui permukaan kulit dengan cara melukakan sedikit pada kepala atau belakang badan dan menghisap dengan cawan panas, tanduk atau peralatan bekam moden di kawasan yang dilukakan. Inilah satu cara ‘detoksifikasi’ yang sesuai dan selamat bagi manusia.
Bekam Teraputik dan Klinikal
Bekam teraputik dan klinikal tidak seperti bekam tradisional, kami amat mementingkan keselamatan dan kesihatan para pelanggan terutama dari sudut kebersihan demi untuk memartabatkan sunnah Nabi SAW malah Islam sendiri menggalakkan agar umatnya menjaga kebersihan, antaranya :
– Kawalan infeksi seperti menggunakan personal protective yang betul agar penyakit pelanggan tidak berjangkit kepada pelanggan lain dan kepada jurubekam.
– Mengikut Clinical Practice Guideline untuk Bekam di Malaysia yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.
– Saringan kesihatan pelanggan berdasarkan Vital Sign seperti eadema, bacaan tekanan darah dan sebagainya.
– Tidak bekam di kawasan terlarang atau titik bekam yang sangat merbahaya.
– Bekam dititik seperti disebutkan dalam hadis dan titik bekam yang ada evidence based.
– Kaedah pensterilan alatan bekam yang betul untuk memusnahkan spora bakteria dan virus .
– Mengenal pasti ‘limitation’ rawatan bekam dengan evidence based terutama dalam menentukan titik bekam terbaik pesakit.
– Melupuskan darah dan sisa klinikal dengan cara yang betul.
– Menyediakan bilik bekam berhawa dingin yang selesa, bersih dan tertutup.
Apa kata pelanggan kami (Testimoni)




Senyuman Kepuasan Pelanggan kami :









Sejarah Bekam
Bekam sudah wujud sejak zaman dahulu lagi dan manusia telah menggunakan teknik berbekam sejak sekian lama. Bekam merupakan teknik rawatan yang digunakan kebanyakan bangsa-bangsa di dunia sejak zaman purba lagi seperti bangsa Cina, Babylon, Yunani dan bangsa Mesir. Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi SAW merupakan titik pertama sejarah bekam dalam Islam setelah Allah Azza Wa Jalla memerintahkan sekumpulan para malaikatnya di langit agar menggesa junjungan besar nabi Muhammad SAW dan umatnya mengutamakan berubat dengan cara bekam (hijamah) dan pada zaman Nabi Muhammad SAW para pengamal menggunakan tanduk kerbau atau sapi, tulang unta dan gading gajah sebagai alat bekam.
Orang-orang di Eropah pula dikhabarkan menggunakan lintah sebagai alat berbekam. Pada satu masa, 40 juta lintah diimport ke negara Perancis untuk tujuan itu. Lintah-lintah itu dilaparkan tanpa diberi makan. Jadi bila ditempelkan pada tubuh manusia yang sakit, dia akan terus menghisap darah tadi dengan efektif. Setelah kenyang, lintah tersebut tidak berupaya lagi untuk bergerak, lantas jatuh dan mengakhiri penghisapannya.
Hadis-hadis berkaitan Bekam
Bekam merupakan amalan yang bersangkutan dengan kesihatan badan dan Islam menuntut agar penganutnya menjaga kesihatan badan. Bahkan Nabi SAW sendiri menggesa agar umatnya mendapat rawatan bekam.
Diriwayatkan daripada Salma hamba Nabi SAW, katanya ” Tiadalah aku mendengar seseorang pun yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang sesuatu penyakit melainkan Rasulullah SAW akan menyuruh orang tersebut melakukan bekam”
Dari Ibnu Mas’ud dia berkata Rasulullah SAW menyampaikan hadis ketika malam ketika baginda diisrakkan, bahawa baginda tidak melewati sekumpulan malaikat melainkan mereka memerintahkan kepada baginda “Perintahkanlah umatmu untuk melakukan hijamah (bekam)” ditakhrij ibn Majah, hadith no 3479; at Tirmidzi 2052.Tahqiq al-Albany ini hadith sohih.
Dari Anas bin Malik r.a katanya Rasulullah pernah bersabda “Sesungguhnya sebaik-baik perubatan yang kalian gunakan adalah berbekam” atau “sebaik-baik ubat untuk kalian adalah berbekam”. [Riwayat at Tirmizi, kitab jual beli, bab rukhsah pembekam, no Hadith 1199]
Dari Ibnu Abbas r.a bahwa Rasulullah SAW bersabda “Waktu terbaik untuk berbekam bagi kalian adalah tanggal 17, 19 dan 21” ditakrij At-Tirmizi hadis no 2053; dan al Baihaqi hadith no 19320. Menurut al-Albany ini hadith shahih
Dari Ibnu Abbas r.a bahawa “Rasulullah SAW meminta hijamah di kepala ketika beliau sedang ihram, kerana sakit yang beliau alami di kepala”. Diriwayatkan oleh Abu Daud hadith no 1838. Menurut al-Albany ini hadith shahih.
Bekam dari Perspektif Perubatan Moden
Kebiasaannya kalau bercerita tentang bekam, ramai yang fikir dan akan terbayang pengamal bekam ni adalah dari pengamal perubatan alternatif atau pengamal perubatan tradisional kan? Tapi kini rawatan bekam kini bukan sahaja diceburi oleh pengamal rawatan tradisional malah ramai doktor-doktor moden di dalam dan luar negara seperti British Cupping Society telah berkecimpung dan membuat kajian dalam rawatan bekam ini, termasuklah salah seorang guru saya yang merupakan doktor perubatan di sebuah pusat kesihatan universiti terkemuka di Malaysia. Sila klik artikel atau tonton video dibawah :